Perincian Polisi Bayaran Balik Tenorshare

Sebagai pembekal perisian profesional untuk lebih dari 10 tahun, Tenorshare mempunyai pasukan servis selepas jualan yang profesional. Kami komited untuk menyelesaikan dan memenuhi keperluan setiap pengguna. Bagi mana-mana pertikaian pesanan yang bersebab, Tenorshare mengalu-alukan pelanggan untuk menghantar borang atas talian (hantar borang talian) pada bila-bila masa untuk menghubungi Tenorshare Support Team. Kami akan lakukan yang terbaik untuk balas dalam masa 24 jam untuk menyelesaikan masalah anda dengan pantas.

Tenorshare menghargai setiap pelanggan dan berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman yang menyenangkan dalam penggunaan produk dan servis Tenorshare. Kesemua perisian Tenoshare menyediakan versi percubaan percuma, para pelanggan boleh cuba dengan memuat turun versi percubaan percuma untuk “mencuba” sebelum membuat keputusan membeli. Versi percubaan ini menyediakan ciri-ciri percubaan free terhad bagi membantu pelanggan menyemak sama ada perisian beroperasi seperti yang dijangkakan dan memenuhi keperluan mereka. Seperti contoh, dalam siri UltData, anda boleh imbas dan pratonton data secara percuma, tetapi untuk baik pulik fail, anda mesti membeli lesen. Kesemua ini boleh membantu para pelanggan membuat keputusan pembelian yang tepat dan elak daripada membeli produk salah yang gagal memenuhi keperluan mereka.

Oleh sebab sistem “cuba dulu sebelum anda beli”, Tenorshare menyediakan Jaminan Pulangan Wang selama 30 hari untuk kesemua produk. Bayaran balik akan diluluskan hanya dalam jaminan ini dibawah Keadaan-keadaan Bayaran Dikembalikan. Jika produk yang dibeli melebihi dari tempoh jaminan pulangan wang yang dinyatakan, tiada bayaran balik akan dibuat.

Keadaan-keadaan Bayaran Dikembalikan

Dibawah panduan jaminan pulangan wang, Tenorshare menawarkan bayaran balik bagi keadaan-keadaan berikut.

1. Tentang Keadaan-keadaan Pembelian

1) Pembelian pendua

Jika pelanggan terbeli produk yang sama dua kali, Tenorshare akan bayar balik salah satu produk untuk anda, atau tukar satu program untuk produk Tenorshare yang lain.

2) Pembelian yang salah

Bayaran balik pembelian yang salah memerlukan anda untuk membeli produk yang betul di laman Tenorshare terlebih dahulu, dan selepas itu program asal akan dibayar balik kepada anda.

3) Servis-servis tambahan lain diluar produk

Jika pelanggan tahu bahawa pesanan yang anda beli di laman web rasmi Tenoshare telah dicaj lebih dari harga produk, sila sahkan terlebih dahulu sama ada ianya cukai atau yuran servis bank. Kami syorkan anda untuk hubungi secara terus organisasi bayaran balik cukai untuk bayaran balik cukai dan bank tempatan anda untuk bertanyakan perincian yuran bank. Jika ianya perbelanjaan lain, seperti yuran perlindungan muat turun dan CD fizikal, ini adalah servis tambahan yang terikat dengan produk oleh platform pihak ketika, membenarkan anda untuk muat turun produk tersebut apabila anda menukar komputer atau dalam situasi lain. Pada waktu pembelian, anda bebas untuk memilih sama ada anda perlu membeli servis tambahan ini atau tidak. Jika anda beli secara tidak sengaja tanpa pengetahuan anda atau tidak mahu servis tambahan ini selepas pembelian, kami akan bantu anda untuk hubungi platform pembayaran untuk bayar balik kos mereka.

4) Tiada kod pendaftaran selepas pembelian dalam masa 24 jam

Jika pelanggan membeli produk di laman web rasmi Tenoshare dan sahkan bahaya wang berjaya didebitkan, tetapi tidak menerima kod pendaftaran dalam masa 2 jam (kami syorkan kepada anda untuk semak folder spam), gagal untuk peroleh kod pendaftaran di halaman ambil semula kod pendaftaran, dan tidak mendapat maklum balas dalam masa 24 jam dari Pasukan Sokongan Tenoshare selepas dihubungi. Dalam kes ini, Tenorshare akan bayar balik pesanan pelanggan jika mereka tidak lagi memerlukan produk tersebut.

2. Tentang Keadaan-keadaan Langganan Automatik

Pelanggan telah memohon untuk pembatalan langganan automatik, tetapi masih lagi ada yuran pembaharuan.

Secara amnya, para pelanggan boleh menghubungi Pasukan Sokongan Tenorsahre untuk membatalkan langganan automatik pada bila-bila masa sebelum pembaharuan seterusnya berlaku, atau anda boleh batal dengan merujuk sendiri di panduan FAQ. Jika anda menghubungi terus dengan platform pembayaran (www.mycommerce.com), sila sahkan bahawa anda telah menerima emel pengesahan daripada mereka yang servis pembaharuan telah dibatalkan dengan berjaya, sebaliknya, anda akan masih dicaj secara automatik. Ianya disyorkan untuk menghubungi Pasukan Sokongan Tenorshare untuk membatalkannya secara terus. Jika Tenorshare atau platform pembayara memaklum balas yang pembaharuan telah dibatalkan, tetapi anda masih dicaj pada hari langganan, anda boleh sediakan bukti yang sesuai (tangkapan skrin emel daripada Tenorshare atau platform pembayaran yang servis pembaharuan telah dibatalkan dengan jayanya, lain-lain.), kami akan bayar balik pembayaran pembaharuan kepada anda yang disebabkan oleh ralat.

3. Tentang Keadaan-keadaan Produk

Mana-mana masalah teknikal yang anda hadapi ketika penggunaan produk, sila hubungi pasukan sokongan teknikal Tenorshare dan bekerjasama untuk cari masalah, termasuk menyediakan tangkapan skrin, fail log, atau menerima servis kawalan jauh percuma yang disediakan oleh Tenorshare. Jila masalah tidak dapat diselesaikan juga, dan anda tidak mahu menunggu sebarang kemas kini atau plan penebusan lain, Tenorshare akan bayar balik kepada anda jika pesanan anda masih dalam 30 hari.

Selepas mengesahkan dengan Pasukan Sokongan Tenorshare, biasanya, jumlah bayaran balik akan dibayar balik kepada anda melalui kaedah pembayaran asal dalam masa 2-4 hari bekerja

Apabila bayaran balik dilakukan, lesen tersebut akan dinyahaktifkan. Sila:

  • Versi muat turun: Nyahpasang perisian dan singkirkan ia daripada komputer.
  • Versi disk: Musnahkan disk dan nyahpasang perisian dalam komputer.

Keadaan-keadaan Bayaran Balik Tidak Dibenarkan

Dalam keadaan-keadaan berikut, Tenorshare biasanya tidak membenarkan bayaran balik atau pertukaran produk.

1. Tentang Keadaan-keadaan Pembelian

1) Tukar fikiran selepas pembelian

Tukar fikiran selepas pembelian, atau anda sudah beli produk yang serupa daripada syarikat lain. Dalam kes ini, kami tidak akan bayar balik.

2) Harga produk Tenorshare berbeza antara kawasan atau saluran yang berlainan.

3) Permintaan bayaran balik yang mengatakan gagal dalam menerima kod pendaftaran dalam masa 2 jam selepas pesanan berjaya dibuat.

Dalam keadaan-keadaan normal, Tenorshare akan menghantar kod pendaftaran dalam masa 2 jam selepas pesanan berjaya dibuat, tetapi kadang kala kod pendaftaran tidak dapat diterima dalam masa yang dinyatakan oleh kerana rangkaian, gangguan sistem, tetapan spam kotak mel anda, atau salah ejaan emel, lain-lain. Dalam kes ini, sila hubungi Pasukan Sokongan Tenorshare atau lawati halaman ambil semula kod pendaftaran untuk terima kod pendaftaran, semua pertanyaan akan dimaklum balas dalam masa 24 jam.

4) Ketidakpuasan disebabkan oleh kegagalan untuk baca fungsi penerangan halaman produk dengan teliti atau salah faham fungsi produk sebelum membuat pembelian.

Ianya amat disyorkan yang setiap pelanggan semak halaman produk dan panduan dengan teliti di laman web Tenorshare, dan cuba versi percubaan percuma sebelum membuat keputusan pembelian yang muktamad. Jika produk menepati apa yang kandungan promosikan di laman web dan menjalankan tugasan seperti yang tertera pada penerangan fungsinya, Tenorshare tidak akan bayar balik.

Tenorshare tidak akan bayar balik perisian jika produk gagak memenuhi keperluan pelanggan disebabkan kurangnya kefahaman pelanggan tentang fungsi produk. Walau bagaimanapun, Tenorshare boleh menukar produk yang dibeli secara terus dengan produk yang betul jika perbezaan harga anda tra produk tidak melebihi $20 ketika dalam tempoh waranti. Jika produk yang dibeli ditukarkan dengan produk yang betul pada harga yang lebih rendah, Tenorshare tidak akan bayar balik perbezaan harga.

5) Bayaran tanpa kebenaran

Jika pelanggan menjadi mangsa penipuan kad kredit atau pembayaran tanpa kebenaran, Tenorshare mengesyorkan agar pelanggan menghubungi pengeluar kad secepat mungkin. Memandangkan Tenorshare bekerjasama dengan platform pembayaran bebas, adalah mustahil untuk memantau kebenaran semasa pembayaran. Apabila pesanan telah diproses dan selesai, ia tidak boleh dibatalkan. Walau bagaimanapun, Tenorshare akan membantu pelanggan menggantikan produk yang dibeli.

2. Perihal Keadaan Langganan Automatik

Servis langganan automatik yang tidak diminta untuk dibatalkan sebelum sampai tarikh pembaharuan, bayaran balik tidak akan dikeluarkan jika pelanggan dicaj pada tarikh pembaharuan.

Anda akan menerima notis tentang putaran pembaharuan automatik di troli beli belah untuk kesemua lesen produk Tenorshare dengan servis pembaharuan. Apabila pembayaran anda selesai, ia bermaksud yang anda setuju dengan ciri pembaharuan. Anda boleh hubungi Pasukan Sokongan Tenorshare sebelum tarikh pembaharuan sampai, atau ikuti panduan FAQ kami untuk membatalkan langganan automatik. Jika anda tidak membatalkan langganan automatik sebelum tarikh pembaharuan sampai, kami tidak akan bayar balik apabila anda dicaj pada hari pembaharuan.

3. Tentang Keadaan-keadaan Produk

Permintaan bayaran balik pelanggan untuk masalah teknikal, tetapi menolak untuk bekerjasama dengan Pasukan Sokongan Tenorshare bagi penyelesaian masalah atau menyediakan perincian dan maklumat berkaitan atau menolak untuk menggunakan jalan penyelesaian yang disediakan oleh Pasukan Sokongan Tenorshare.

Permintaan bayaran balik selepas pertukaran produk dengan persetujuan pelanggan yang disebabkan masalah kualiti.

Apabila anda bersetuju untuk menggantikannya dengan mana-mana produk lain yang anda suka, mana-mana permintaan bayaran balik tidak akan diterima, tanpa mengira adanya masalah kualiti atau tidak, tetapi kami akan lakukan yang terbaik untuk menyediakan penyelesaian sesuai untuk produk anda yang telah ditukarkan.

Tambahan lagi, permintaan bayaran balik lebih dari 30 hari selalunya tidak dikembalikan, tetapi kami akan lakukan yang terbaik untuk menyediakan anda dengan penyelesaian sesuai atau ganti mereka dengan produk setaraf lain yang menarik bagi anda.