Tenorshare 4uKey - iTunes Backup

Nyahsulitkan Kata Laluan Sandaran iTunes dengan Cepat

  • Memulihkan kata laluan sandaran iTunes yang tidak diingati dengan cepat dan selamat
  • Menyahdayakan penyulitan sandaran iTunes dengan satu klik
  • Mengalih keluar kod laluan Masa Skrin tanpa kehilangan sebarang data
  • Memastikan kadar penyahsulitan 100% kerana adanya algoritma termaju
  • Serasi dengan iOS/iPadOS 15 dan iPhone 13/12 terkini
4ukey itunes backup unlocker - advaced decryption technique

Teknik Penyahsulitan Termaju

Disebabkan algoritma termaju, 4uKey - Sandaran iTunes boleh menganalisis proses penyulitan sandaran dengan cepat dan mengetahui kata laluan yang betul dengan tahap ketepatan tinggi.

3 Ciri Hebat - Menyelesaikan Pelbagai Isu Sandaran iTunes

Dapatkan Semula Kata Laluan Sandaran iTunes

Memulihkan kata laluan sandaran iTunes anda yang tidak diingati dalam masa singkat dengan 3 mod serangan termaju.

Alih Keluar Seting Penyulitan Sandaran

Mencipta sandaran iTunes baharu dalam hanya satu klik dan tanpa menggunakan kata laluan dengan mengalih keluar seting penyulitan sandaran.

Alih Keluar Kod Laluan Masa Skrin

Alih keluar kod laluan Masa Skrin yang tidak diingati dengan mudah tanpa memadamkan sebarang data daripada peranti anda.

4ukey itunes backup unlocker - powerful features
4ukey itunes backup unlocker - gpu acceleration

30X Lebih Pantas dengan Pecutan GPU– Menjimatkan Masa

Alat membuka kunci sandaran iTunes ini menggunakan teknik pecutan GPU terbenam yang meningkatkan kelajuan penyahsulitan, menjadikannya 30X lebih cepat daripada biasa.

3 Kaedah untuk Menyerang Sandaran iTunes – Lebih Fleksibel

1. Serangan Hentam Kromo

Apabila anda tidak tahu langsung kemungkinan kata laluan itu, anda boleh menggunakan pilihan ini untuk mencuba setiap kombinasi yang mungkin. Walau bagaimanapun, kaedah ini mengambil masa.

2. Serangan Hentam Kromo dengan Topeng

Jika anda boleh mengingati sesuatu perkara tentang kata laluan ini seperti panjang, julat aksara atau imbuhan, maka pilihan ini terbaik untuk anda. Serangan ini membolehkan anda menggunakan parameter ini untuk memecahkan kata laluan dengan lebih cepat.

3. Serangan Kamus

Jika kata laluan sandaran iTunes merupakan salah satu kata laluan anda yang kerap digunakan tetapi anda tidak pasti yang mana satu, anda boleh menggunakan kaedah ini. Anda boleh mengimport fail teks bagi semua kata laluan yang mungkin atau menggunakan kamus lalai untuk memulihkan kata laluan.

Dapatkan Semula Kata Laluan Sandaran iTunes dalam 3 Langkah

Langkah 1: Pilih Fail Sandaran yang Disulitkan. Pilih ciri "Retrieve iTunes Backup Password."

Langkah 2: Pilih Mod Pemulihan Kata Laluan. Pilih jenis serangan untuk mendapatkan semula kata laluan fail sandaran iTunes.

Langkah 3: Ambil Semula Kata Laluan Sandaran iTunes. Klik butang "Start" untuk mencari kata laluan.

4ukey itunes backup unlocker -Select Encrypted Backup File
4ukey itunes backup unlocker -Choose Password Recovery Mode
4ukey itunes backup unlocker -Retrieve iTunes Backup Password
4ukey itunes backup unlocker - broad compatibility

Keluasan Keserasian dan Kebolehgunaan

Peranti yang Disokong:

iPhone 13/13 Pro/13 mini, iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 11, iPhone 11 Pro(Max), iPhone XR, iPhone XS Max, iPhone XS, iPhone X, iPhone 8/8 Plus, iPhone 7/7 Plus, iPhone SE, iPhone 6s/6s Plus/6/6 Plus, iPhone 5s

iTunes yang Disokong:

Semua versi iTunes, termasuk iTunes 12.8 terkini

Sistem yang Disokong:

Windows 11, Windows 10, Windows 8.1/8, Windows 7, macOS X 10.9 dan ke atas

Komen Pengguna


Saya menggunakan alat ini untuk mengalih keluar kod laluan masa skrin saya dengan sangat cepat. Namun, nampaknya alat ini tidak begitu berguna untuk membuka kunci sandaran iTunes kerana mengambil masa yang lama.

-Shynn


Saya ingin mengubah beberapa seting saya dalam masa skrin dan menyedari bahawa saya menetapkan kod laluan untuknya yang saya tidak ingat. Dengan bantuan 4uKey, saya berjaya membuka kuncinya.

-Giana


Saya menggunakan iTunes untuk menyandarkan iPhone 6 saya tiga tahun yang lalu dan langsung terlupa kata laluan sandaran. Mujurlah, 4uKey ada untuk menyelamatkan saya. Terima kasih semua!

-Sylvia


Ayah saya terlupa kata laluan baru-baru ini dan tidak boleh mengubah sebarang seting pada telefon saya. 4uKey membantu saya menetapkan semula kod laluan masa skrin tanpa menetapkan semula seluruh telefon. Terima kasih!

-ADRIAN J


Saya gembira untuk menyatakan bahawa saya berkongsi pengalaman ini dengan beberapa orang rakan saya. Pembuka kunci ini berjaya mengambil semula kata laluan sandaran iTunes. Sila ucapkan terima kasih kepada pasukan anda atas produk yang hebat!!

-Yeva


Hanya satu klik. Sebenarnya saya bimbang proses ini akan menjadi sangat rumit. Namun saya tersilap dan kod laluan telah dialih keluar dalam beberapa saat sahaja.

-Elsa

SOALAN LAZIM tentang 4uKey - Pembuka Kunci Kata Laluan Sandaran iTunes

  • ? Adakah pembuka kunci sandaran iTunes 4uKey memadam data?

    Tidak, pembuka kunci sandaran iTunes 4uKey boleh membantu anda untuk memulihkan kata laluan sandaran iTunes anda mengalih keluar penyulitan daripada sandaran iPhone atau mengalih keluar masa skrin/kod laluan sekatan, semuanya tanpa memadamkan data.

  • ? Apakah yang boleh saya lakukan jika saya terlupa kod laluan masa skrin saya?

    Dalam kes ini, Pembuka Kunci Sandaran iTunes 4uKey ialah pilihan terbaik anda untuk mengalih keluar kod laluan masa skrin tanpa kehilangan sebarang data. Hanya ikuti langkah:

    • Langkah 1: Muat turun dan pasang perisian.
    • Langkah 2: Sambungkan iPhone anda kepada 4uKey, klik Alih Keluar Kod Laluan Masa Skrin, kemudian Mula.
    • Langkah 3: Tunggu beberapa saat, kemudian anda boleh menyediakan kod laluan masa skrin yang baharu.
  • ? Bagaimanakah saya boleh membuka kunci kata laluan sandaran iTunes saya?

    Cara terbaik untuk membuka kunci kata laluan sandaran iTunes anda ialah menggunakan alat pembuka kunci. Ikuti langkah di bawah untuk menggunakan Pembuka Kunci Sandaran iTunes 4uKey:

    • Langkah 1: Pasang dan jalankan Pembuka Kunci Sandaran iTunes 4uKey.
    • Langkah 2: Klik pada Alih Keluar Seting Penyulitan Sandaran.
    • Langkah 3: Sambungkan peranti anda kepada komputer anda, klik Percaya, kemudian butang Mula.
    • Langkah 4: Kata laluan sandaran iPhone akan dialih keluar tidak lama lagi.
  • ? Bagaimanakah saya memulihkan kata laluan sandaran iTunes saya?

    Kelihatannya mustahil untuk memulihkan kata laluan sandaran iTune yang tidak diingati. Tetapi alat ini boleh membantu anda untuk mendapatkannya semula.

    • Langkah 1: Buka perisian, pilih fail sandaran iTunes atau buat sandaran baharu.
    • Langkah 2: Klik mod pemulihan kata laluan yang ingin anda gunakan.
    • Langkah 3: Masukkan sebarang maklumat kata laluan yang masih anda ingat.
    • Langkah 4: Ketik pada Mula untuk memulihkan kata laluan sandaran iPhone anda.
  • ? Adakah terdapat perbezaan kata laluan sandaran antara iTunes dengan iPhone?
    • Kata laluan sandaran iPhone: ini ditetapkan apabila anda menyandarkan peranti anda dan menanda pilihan Sulitkan Sandaran Tempatan.
    • Kata laluan sandaran iTunes: ini digunakan untuk melindungi fail sandaran anda. Apabila memulihkan fail sandaran yang disulitkan, anda perlu memasukkan kata laluan.

    Nota: Dalam keadaan biasa, dua kata laluan ini sama tetapi jika anda mengubah kata laluan sandaran iPhone, maka kata laluan sandaran iTunes yang baharu juga akan diubah. Walau bagaimanapun, sandaran iTunes lama yang disulitkan masih memerlukan kata laluan yang lama.

4ukey itunes backup unlocker - product box

Get Tenorshare 4uKey - iTunes Backup Now

Pulihkan Kata Laluan Sandaran iTunes yang Terlupa dengan Pantas dan Selamat.