Pemindahan/Sandar/Pulih/Eksport WhatsApp & WhatsApp Business

Tenorshare iCareFone untuk Pemindahan WhatsApp membolehkan anda pindahkan WhatsApp dari Android ke iPhone. Selain daripada pemindahan, ia juga membolehkan anda sandar, pulih dan eksport perbualan WhatsApp, kenalan, fail media (juga termasuk WhatsApp Business).

Tersedia untuk macOS 12 atau lebih baru Tersedia untuk Windows 11/10/8.1/8/7/Vista/X

Sebelum anda mula, satu perkara yang perlu anda tahu iaitu langkah-langkah untuk pindah/sandar/pulih/eksport WhatsApp Business antara iPhone dan Android adalah sama seperti WhatsApp. Dalam panduan ini kami akan gunakan WhatsApp sebagai contoh.

Bahagian 1. Bagaimana untuk Pindah WhatsApp & WhatsApp Business

1. Bagaimana untuk Pindah Mesej WhatsApp dari Android ke iPhone 14

Langkah-langkah untuk pindah mesej WhatsApp dari Android ke iPhone mempunyai beberapa keperluan, pastikan anda ikuti panduan ini langkah demi langkah.

Langkah 1: Muat turun dan Pasang

1.1 Lancarkan iCareFone untuk Pemindahan WhatsApp dan sambungkan dua peranti ke komputer anda. Dan klik “Pindah” untuk teruskan.

 pindah mesej whatsapp dari android ke iphone

Nota: DI peranti Samsung anda, anda mungkin perlu mengaktifkan USB debugging dengan skrin tangkap yang berikut.

mengaktifkan USB debugging

1.2 Di sini anda akan ditanya untuk sahkan tetingkap timbul. Klik “Ya” untuk teruskan ke langkah seterusnya.

tulis ganti data whatsapp di ios

Langkah 2: Sandar Data WhatsApp

2.1 Anda perlu sandarkan data WhatsApp di peranti sumber anda dengan arahan skrin tangkap yang berikut. Jika selesai, klik “Teruskan”.

cipta sandaran di android

2.2 Program mendapatkan data dari peranti sumber, sila bersabar dan tunggu hingga selesai.

dapat data whatsapp dari android

Langkah 3: Sahkan Peranti Sumber Akaun WhatsApp

3.1 Untuk menjaga keselamata data WhatsApp anda, sila sahkan akaun WhatsApp anda yang anda guna untuk cipta sandaran dengan memasukkan kod negara dan nombor telefon.

sahkan akaun whatsapp

3.2 Selepas memasukkan maklumat, timbul tetingkap untuk beritahu anda yang anda mungkin menerima kod pengesahan WhatsApp di peranti sumber anda. Klik “Teruskan” untuk pergi ke antara muka pengesahan.

pasti untuk terus mengesahkan akaun whatsapp

Nota: Akaun WhatsApp di peranti sumber anda mungkin log keluar ketika proses pengesahan. Untuk sahkan dengan jayanya, sila jangan log masuk lagi.

3.3 Apabila peranti sumber anda menerima kod 6 digit, sila isi dalam garisan dan klik “Sahkan”.

mengesahkna akaun whatsapp

Langkah 4: Jana Data ke iPhone And

4.1 Apabila pengesahan berjaya, peranti anda akan masuk ke langkah seterusnya secara automatik untuk jana data yang akan dipulihkan pada peranti sasaran.

mendapatkan data whatsapp daripada peranti sumber

4.2 Sebelum memulihkan data, sila pastikan yang anda telah log masuk ke dalam WhatsApp di iPhone anda, jika tidak, data tersebut tidak akan dapat dilihat. Jika telah sah, tekan “Log masuk”.

log masuk whatsapp di iphone

Note: Pastikan terdapat ruang yang cukup di peranti sasaran.

Langkah 5: Pulihkan data WhatsApp ke iPhone dengan Jayanya

Nota: Anda akan ditanya untuk tutup “Cari iPhone Saya”, sila ikut arahan di skrin untuk tutup “Cari iPhone Saya” untuk teruskan.

tutup cari iphone saya

5.1 Perisian sedang memulihkan data ke iPhone anda. Kelajuan pemulihan akan bergantung pada saiz data, sila bersabar.

pulihkan data whatsapp ke iphone

5.2 Apabila data telah selesai dipindahkan ke peranti anda, anda akan lihat antara muka yang berikut. Kongsikannya jika anda suka.Apabila data telah selesai dipindahkan ke peranti anda, anda akan lihat antara muka yang berikut. Kongsikannya jika anda suka.

pindah mesej whatsapp dari android to ios dengan jayanya dengan alat icarefone

Nota: Apabila seluruh proses telah selesai, peranti sasaran and akan but semula.

Anda juga boleh semak panduan video:

2. Bagaimana untuk Pindah Mesej WhatsApp dari iPhone 14 ke Android

Ini adalah panduan untuk bagaimana memindahkan sejarah perbualan WhatsApp dari iPhone 14 ke Android. Sebenarnya, kebanyakan proses adalah sama dengan bagaimana untuk pindah WhatsApp dari iPhone ke iPhone. Tetapi masih terdapat beberapa perincian yang berbeza. Mari semak.

Langkah 1 Muat turun dan Pasang

Setelah memasang iCareFone Pemindahan di PC/Mac anda, sambungkan iPhone dan Android ke komputer.

pindah dari iphone ke android

Nota: Secara lalai, program akan kenal pasti peranti anda secara automati apabila anda pasangkan peranti tersebut. Jika tidak, anda mungkin perlu nyahkunci skrin untuk dapatkan kepercayaan bagi komputer.

Langkah 2 Jalankan Pemindahan WhatsApp

2.1 Selepas mengklik “Pindah”, anda akan dapat mesej tetingkap timbul. Jika tiada ragu-ragu, tekan “Ya” untuk teruskan.

log masuk whatsapp di iphone dengan panduan icarefone

Nota: Data WhatApp anda sebelum ini di peranti sasaran akan ditulis ganti apabila anda klik “Ya”.

2.2 Program sedang menyandarkan data WhatsApp di peranti sumber anda. Kelajuan sandaran hanya bergantung pada saiz fail sandaran.

menyandarkan data whatsapp sekarang

2.3 Untuk melindungan keselamatan data anda, sila sahkan akaun WhatsApp yang mana akan log masuk ke peranti sasaran. Untuk berbuat demikian, masukkan kod negara anda dan nombor telefon peranti sasaran, klik “Sahkan”.

sahkan akaun whatsap

2.4 Selepas itu, anda akan dapat kod pengesahan WhatsApp 6 digit di peranti sasaran, sila masukkan kod pengesahan di garisan mendatar, dan klik “Sahkan”. Tunggu untuk akaun WhatsApp disahkan dengan jayanya sebelum diteruskan ke langkah seterusnya.

sahkan akaun whatsapp anda sekali lagi

Nota: Jika nada tidak dapat kod pengesahan, anda boleh tekan “Hantar Kod Sekali Lagi” atau “Telefon Saya” untuk dapatkan kod pengesahan. Ingat bahawa terdapat had dalam mendapatkan kod pengesahan, tidak lebih daripada 3 kali sehari.

Langkah 3 Pemindahan Berjaya

3.1 Apabila pengesahan akaun WhatsApp peranti sasaran berjaya, program akan mula menghasilkan data ke peranti sasaran.

menjana data yang boleh dipulihkan

3.2 Apabila data telah dijana, program akan memindahkan data ke peranti sasaran secara automatik.

memindahkan data whatsapp dari iphone ke android

3.3 Kemudian semua data WhatsApp telah berjaya dipindahkan dari iPhone ke Android, sila rujuk garis panduan tangkapan skrin untuk memulihkan data pada peranti sasaran anda.

pindah whatsapp dari iphone ke android dengan jayanya

Anda juga boleh semak panduan video:

3. Bagaimana untuk Pindah Mesej WhatsApp dari iPhone ke iPhone

Pindah perbualan WhatsApp dari iPhone ke iPhone adalah mudah sahaja, ikuti langkah-langkah di bawah untuk mulakan proses ini.

Langkah 1 Muat turun dan Pasang

Muat turun dan pasang iCareFone Pemindahan di PC / Mac anda, kemudian sambungkan dua iPhone ke PC / Mac. Kemudian pilih satu sebagai peranti sumber.

pindahkan whatapp dari iphone ke iphone dengan panduan icarefone

Nota: Secara lalai, iCareFone untuk Pemindahan WhatsApp akan mengenal pasti peranti anda secara automatik. Anda mungkin perlu membuka kunci skrin iPhone untuk mempercayai komputer ini.

Langkah 2 Lancarkan iCareFone Pemindahan

2.1 Kemudian klik "Pindah" di tengah-tengah bawah dan anda akan melihat arahan yang ditunjukkan seperti berikut. Setelah anda mengesahkan bahawa data WhatsApp anda sebelumnya akan ditulis ganti, dan kemudian klik "Ya" untuk diteruskan.

pastikan log masuk whatsapp dengan icarefone

2.2 Setelah anda tekan "Ya", program mula membuat sandaran data WhatsApp pada peranti sumber.

membuat sandaran data whatsapp dengan icarefone dengan menekan ya

Nota: Kelajuan sandaran bergantung pada saiz fail sandaran anda.

2.3 Pastikan bahawa akaun WhatsApp telah log masuk ke peranti sasaran. Sekiranya sudah selesai, klik "Log masuk" untuk diteruskan.

log masuk ke dalam whatsapp

Nota: Sekiranya anda tidak log masuk WhatsApp sebelum memulihkan data ke peranti sasaran, data yang telah dipulihkan tidak akan dapat dilihat.

matikan cari iphone saya sebelum memindahkan

Nota: Jika iPhone anda tidak mematikan "Cari iPhone Saya", anda akan diminta untuk mematikannya. Lakukan seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin.

Langkah 3 Berpindah dengan jayanya

3.1 Proses pemulihan sedang berjalan. Dan akan memakan masa beberapa minit bergantung pada saiz data. Sila tunggu dengan sabar.

pulihkan data whatsapp ke peranti sasaran

3.2 Apabila semua data WhatsApp berjaya dipindahkan dari iPhone ke iPhone dengan jayanya. Anda akan mendapat antara muka berikut.

pemindahan whatsapp dari iphone ke iphone sepenuhnya dengan icarefone

Nota: Akaun WhatsApp akan dilog keluar pada peranti sasaran apabila data WhatsApp telah berjaya dipindahkan. Anda perlu log masuk ke akaun WhatsApp sekali lagi pada peranti sasaran.

4. Bagaimana untuk Pindah Mesej WhatsApp dari Android ke Android

Pindah Mesej WhatsApp dari Android ke Android adalah lebih mudah berbanding Android ke iPhone.

Langkah 1: Muat turun dan Pasang

1.1 Buka iCareFone untuk WhatsApp Transfer di komputer anda dan sambungkan dua peranti Android, kemudian klik "Pindah" di tengah-tengah bawah untuk memulakan.

pemindahan whatsapp antara dua panduan peranti android

1.2 Mesej tetingkap timbul untuk mengingatkan bahawa data pada perangkat sasaran akan ditulis ganti. Jika anda bersetuju, sila klik "Ya" untuk diteruskan.

 pemindahan whatsapp antara dua peranti android - ditulis ganti

Langkah 2: Sandarkan Data WhatsApp

2.1 Untuk memindahkan data ke peranti sasaran, data anda pada peranti sumber perlu disandarkan dengan arahan tangkapan skrin yang berikut. Sekiranya anda telah menyelesaikan langkah-langkah ini, klik "Teruskan".

aktifkan USB Debugging untuk panduan pemindahan whatsapp

Langkah 3: Pemindahan Berjaya

3.1 Program ini mendapatkan data yang anda sandarkan pada peranti sumber. Jangan putuskan sambungan peranti semasa mendapatkan data WhatsApp.

mendapatkan data whatsapp untuk peranti android

3.2 Data WhatsApp sedang dipindahkan ke peranti sasaran, ia mungkin mengambil masa beberapa minit berdasarkan saiz data anda.

sahkan android sasaran telah log masuk whatsapp dengan icarefone

3.3 Apabila anda melihat antara muka berikut, ia menunjukkan bahawa data WhatsApp telah berjaya dipindahkan ke peranti sasaran. Anda hanya perlu mengikut arahan pada peranti sasaran untuk melihat data.

sahkan android sasaran telah log masuk whatsapp dengan icarefone

Bahagian 2. Cara Membuat Sandaran Dan Memulihkan WhatsApp & WhatsApp Business

Anda harus membuat sandaran data WhatsApp terlebih dahulu kemudian anda dapat mengembalikan data ke iPhone atau Android baru anda. Cara untuk membuat sandaran dan memulihkan iPhone/Android WhatsApp adalah berbeza, sila teruskan membaca.

1. Cara Membuat Sandaran WhatsApp untuk iPhone

Langkah 1 Muat turun dan pasang iCareFone untuk Pemindahan WhatsApp di Mac dan kemudian sambungkan peranti anda dengannya (Kepercayaan diperlukan pada iDevice anda). Klik ikon "WhatsApp" pada antara muka.

aplikasi sosial - panduan

Langkah 2 Klik "Sandarkan" di bar alat sisi, dan kemudian pilih peranti yang ingin anda sandarkan. Setelah anda memilih, klik "Sandarkan Sekarang" untuk diteruskan.

tekan sandarkan - panduan

Langkah 3 Program ini menyandarkan data WhatsApp untuk iPhone. Ia akan mengambil masa beberapa minit bergantung pada saiz fail sandaran. Jangan cabut peranti anda semasa membuat sandaran.

membuat sandaran data whatsapp pada iphone - panduan

Langkah 4 Apabila antara muka berikut muncul, ini bermaksud bahawa data WhatsApp anda telah berjaya disandarkan pada Mac anda. Anda juga boleh menyemak sandaran dan mengeksportnya.

membuat sandaran data whatsapp di iphone dengan berjaya -panduan

1.2 Cara Membuat Sandaran WhatsApp untuk Android

Langkah 1 Muat turun dan pasang iCareFone untuk WhatsApp di Mac serta sambungkan dengan peranti Android anda melalui kabel USB (Benarkan USB debugging diperlukan).

aplikasi sosial - panduan

Langkah 2 Gerakkan tetikus anda untuk pergi ke "WhatsApp"> "Sandarkan". Kemudian anda boleh menggunakan anak panah turun ke bawah untuk memilih peranti Samsung untuk disandarkan. Tekan "Sandarkan Sekarang".

 sandarkan data whatsapp di android sekarang

Langkah 3 Anda harus membuat sandaran data WhatsApp pada peranti sumber anda dengan mengikuti tangkapan skrin. Sekiranya anda telah melakukannya, klik "Teruskan".

cipta fail sandaran whatsapp di android

Langkah 4 Kemudian program mendapatkan data WhatsApp dari peranti sumber. Sila tunggu bagi semua data berjaya diperoleh.

dapatkan fail sandaran whatsapp pada android

Langkah 5 Setelah selesai, anda harus mengesahkan akaun sandaran WhatsApp dengan menaip kod negara dan nombor telefon yang betul. Kemudian tekan "Sahkan".

sahkan fail sandaran whatsapp pada android

Petua:

Tetingkap timbul untuk mengesahkan akaun anda akan meminta anda memasukkan kod dan nombor negara. Klik "Teruskan".

sahkan untuk membuat sandaran fail whatsapp di android

Langkah 6 Apabila anda mendapatkan kod pengesahan daripada WhatsApp yang rasmi, sila masukkannya pada garisan kosong. Ketik "Sahkan" sekali lagi.

masukkan kod pengesahan

Langkah 7 Setelah pengesahan berjaya, program secara automatik mula menghasilkan sandaran WhatsApp untuk pemulihan.

menjana fail sandaran whatsapp

Langkah 8 Anda akan mendapat antara muka berikut apabila data WhatsApp anda berjaya disandarkan.

sandarkan fail sandaran whatsapp berjaya

2. Bagaimana untuk Pulihkan WhatsApp ke iPhone

Langkah 1 Muat turun dan pasang iCareFone untuk Pemindahan WhatsApp di Mac anda, kemudian sambungkan iPhone yang anda mahu memulihkan data WhatsApp (Kepercayaan diperlukan pada iDevice anda). Tekan ikon "WhatsApp".

aplikasi sosial - panduan

Nota: Kepercayaan diperlukan: Buka kunci peranti anda dan percayakan komputer ini.

Langkah 2 Di bar alat kiri, klik "Lihat & Pulihkan" dan anda akan melihat beberapa data WhatsApp yang sebelum ini disandarkan menggunakan alat ini. Pilih yang anda mahu pulihkan, dan kemudian klik "Pulihkan ke iOS".

pilih fail sandaran untuk dikembalikan ke iPhone - panduan

Langkah 3 Setelah anda memilih fail sandaran yang anda mahukan, klik "Pulihkan Sekarang".

program memulihkan sekarang - panduan

Nota:

  • Tetingkap timbul untuk mengingatkan bahawa data WhatsApp anda sebelum ini akan ditulis ganti. Jika tiada masalah, klik "Teruskan" untuk diteruskan.

    memulihkan data whatsapp akan ditulis ganti
  • Pastikan bahawa peranti iPhone sasaran anda telah memasang WhatsApp dan log masuk sebelum proses pemulihan dimulakan. Jika tidak, data tersebut tidak akan dapat dilihat.

    log masuk ke WhatsApp sebelum memulihkan - panduan
  • Sebelum memulihkan proses, sila ingat untuk mematikan "Cari iPhone Saya" anda pada tetapan iCloud peranti anda.

    matikan cari iphone saya sebelum memulihkan sandaranp

Langkah 3 Proses pemulihan sedang dilancarkan dan sila jangan putuskan sambungan peranti anda semasa proses tersebut. Dan kelajuannya bergantung pada saiz data anda, jadi harap bersabar jika terdapat sejumlah besar data anda.

proses memulihkan data whatsapp

Langkah 4 Apabila proses selesai, ini bermakna data sandaran WhatsApp anda berjaya dikembalikan ke iPhone anda.

berjaya memulihkan data whatsapp ke peranti

2.1. Bagaimana untuk Pulihkan WhatsApp ke Android

Langkah 1 Lancarkan iCareFone Pemindahan di Mac. Di antara muka, pergi ke "WhatsApp"> "Lihat & Pulihkan". Pilih fail sandaran Android, kemudian tekan "Pulihkan ke Android".

pilih fail sandaran untuk dikembalikan ke Android - panduan

Langkah 2 Pastikan anda telah memilih fail sandaran Android yang betul. Sekiranya ya, klik "Pulihkan Sekarang".

pilih fail sandaran untuk dikembalikan ke Android - panduan

Nota: Program ini akan menulis ganti data WhatsApp anda di android. Sekiranya tidak ada masalah, klik "Teruskan".

data whatsapp pada samsung ditulis ganti - panduan

Langkah 3 Program akan mencari fail sandaran dengan cepat untuk Android anda, dan kemudian mula memindahkan data ke peranti Android anda.

pindahkan data whatsapp ke android - panduan

Langkah 4 Setelah data sandaran yang anda inginkan telah berjaya dipulihkan ke Android anda, anda akan mendapat antara muka di bawah.

 menyimpan semula data whatsapp ke android dengan berjaya- panduan

Bahagian 3. Bagaimana untuk Mengeksport Perbualan/Kenalan/Fail Media WhatsApp & WhatsApp Business

iCareFone Pemindahan membolehkan anda mengeksport mesej WhatsApp/WhatsApp Business dan dipautkan dengan HTML, dan kenalan, foto, video, audio dapat dieksport ke format file. Anda juga boleh melihat data sebelum mengeksport.

Nota: Sebelum mengeksport, anda harus membuat sandaran data WhatsApp atau WhatsApp Business anda terlebih dahulu.

1. Cara Mengeksport Perbualan WhatsApp

Langkah 1 Lancarkan iCareFone untuk Pemindahan WhatsApp, klik "Lihat & Pulihkan". Anda akan melihat fail sandaran, klik padanya.

klik fail sandaran icarefone untuk pemindahan whatsapp

Langkah 2 Seterusnya, klik "Lihat" untuk memilih perbualan WhatsApp untuk dieksport.

pilih perbualan whatsapp icarefone untuk pemindahan whatsapp

Langkah 3 Kemudian, klik ikon "Mesej", semua mesej akan disenaraikan. Pilih dan klik "Eksport ke komputer".

eksport sembang whatsapp ke icarefone komputer untuk pemindahan whatsapp

Langkah 4 Seterusnya, pilih folder tempat menyimpan perbualan WhatsApp, kemudian selesai.

eksport berjaya icarefone untuk pemindahan whatsapp

2. Cara Mengeksport Fail Media WhatsApp

Di sini, kami akan menunjukkan kepada anda cara mengeksport foto sebagai contoh. Cara untuk mengeksport fail media lain adalah sama dengan mengeksport foto.

Langkah 1 Ulangi langkah pertama dan kedua bahagian sebelumnya, kemudian pilih ikon "Foto", pilih foto yang ingin anda eksport.

pilih foto icarefone untuk pemindahan whatsapp

Langkah 2 Seterusnya, klik "Eksport ke komputer" dan pilih folder untuk menyimpan foto.

pilih folder icarefone untuk pemindahan whatsapp

Langkah 3 Pada akhirnya, fail media anda akan disimpan ke folder.

eksport foto whatsapp berjaya icarefone untuk pemindahan whatsapp

Adakah ianya Membantu?

Masih Perlukan Bantuan ?

Hanya hubungi pasukan sokongan kami yang sedia membantu. Anda boleh menghantar borang dalam talian di sini.

MULA SEKARANG