Cara Memindahkan Kata Laluan ke iPhone 14/14 Pro/14 Pro Max

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 12-29-2022 / Dikemas kini untuk  iPhone 14

Anda sudah tukar iPhone 14 terbaru tak? Memang menarik untuk mengguna iPhone terbaru. Tetapi ramai orang tidak dapat ingat kata laluan, jadi amat penting untuk pindahkan kata laluan dari telefon lama ke iPhone 14 baru anda untuk kekal pengalaman penggunaan harian anda yang biasa. Kami akan bincang tentang 4 kaedah berbeza tentang cara pindah kata laluan ke iPhone 14 terbaru.

Bahagian 1: Pindahkan Kata Laluan ke iPhone 14 Terbaru melalui AirDrop

AirDrop membenarkan anda untuk sambung ke iPhone berdekatan anda dan sokong permindahan data. Anda boleh gunakannya untuk pindah kata laluan ke iPhone 14 terbaru daripada iPhone lama anda. Satu-satu masalah ialah anda perlu melakukan ini secara manual untuk setiap data.

  • Untuk iPhone terbaru dan lama anda, Lancarkan AirDrop daripada Pusat Kawalan pada kedua-dua iPhone. Pilih Semua orang sebagai keterlihatan.
  • Pergi ke Tetapan > Kata Laluan. Di sini senarai kata laluan yang simpan pada peranti anda akan dipapar di bahagian ini.
  • Pilih akaun dan kata laluan yang anda ingin pindah. Tekan dan tahan pada kata laluan itu, dan pilih AirDrop.

    transfer saved passwords to new iphone via airdrop
  • Sambung ke iPhone 14 baru anda. Kini anda akan dapat terima kata laluan.

Bacaan berkaitan Pindahkan WhatsApp daripada Android ke iPhone 14.

Bahagian 2: Pindahkan Kata Laluan ke iPhone 14 Terbaru dengan iCloud Keychain

iCloud Keychain simpan data akaun dan kata laluan dan akan segerakkannya antara peranti dengan akaun iCloud anda. Dan anda juga boleh menghidupkan autoisi, jadi akaun dan kata laluan yang anda gunakan dalam Safari akan disimpan dan disegerakkan secara automatik. Dengan cara ini, anda tidak akan hilang sebarang kata laluan anda. Cara permindahan kata laluan ke iPhone 14 terbaru menggunakan Rantai Kunci iCloud ditunjuk dibawah.

  • Pada iPhone 14 anda, pergi ke Tetapan > Profil > iCloud > Keychain dan aktifkan fungsi ini.

    transfer keychain to new iphone

    Pada iPhone lama anda juga perlu aktifkan Keychain iCloud untuk tujuan simpan kata laluan semasa penggunaan.

  • Sekarang untuk menghidupkan fungsi autoisi , pergi ke Kata Laluan > Pilihan Kata Laluan dan aktifkannya.

    transfer keychain to new iphone
  • Kemudian apabila anda log masuk ke akaun dengan kata laluan yang disimpan, ia akan mengisi dan mengesah secara automatik.
  • Untuk simpan kata laluan pada Safari, anda juga boleh menghidupkan fungsi AutoIsi Nama dan Kata Laluan dalam Tetapan.

    transfer keychain to new iphone

Bahagian 3: Pindahkan Kata Laluan ke iPhone 14 dengan iTunes Encrypt Backup

Sandaran Sulit iTunes ( iTunes Encrypt Backup) boleh buat sandaran akaun dan kata laluan pada komputer anda dengan iTunes. Selepas anda buat sandaran data dan kata laluan pada iPhone lama anda, anda boleh memulihkannya kepada iPhone 14 terbaru anda semasa langkah set up. Mari tengok proses permindahan kata laluan ke iPhone 14 guna cara ini.

  • Buka iTunes dan sambungkan iPhone lama anda ke komputer.
  • Tekan ikon peranti dalam iTunes. Dalam bahagian Sandaran, tanda pilihan Komputer Ini dan Encrypt iPhone backup.

    transfer passwords from iphone to iphone with itunes encrypt backup
  • Kemudian tekan pada Sandar Sekarang dan tunggu sekejap sehingga proses selesai.
  • Sekarang setup iPhone 14 anda, dalam halaman Aplikasi & Data, pilih Pulihkan daripada Mac atau PC.

    transfer passwords from iphone to iphone with itunes encrypt backup
  • Kemudian sambungkan iPhone 14 terbaru anda ke iTunes, tekan pilihan Pulihkan daripada sandaran ini. Pilih sandaran yang anda baru cipta dan masukkan kata laluan apabila disuruh.
  • Semua data bersama-sama dengan kata laluan akan dipindahkan dengan sempurna ke iPhone baru anda.

Bahagian 4: Pindah Kata Laluan ke iPhone 14 dengan Alat Pengurus Kata Laluan

Untuk pindah kata laluan ke iPhone 14, aplikasi yang terakhir yang hebat ialah Tenorshare 4uKey - Password Manager. Ia benarkan anda imbas semua kata laluan daripada iPhone lama anda, dan kemudian import ke iPhone 14 baru anda. Dan anda juga boleh pindah kata laluan daripada aplikasi lain seperti Google Chrome.

  • Muat turun dan lancarkan 4uKey - Pengurus Kata Laluan pada komputer anda. Sambungkan telefon lama anda menggunakan kabel USB dan tekan Mula.

    transfer saved passwords to new iphone with 4ukey password manager
  • Tekan pada mula imbas untuk mula proses mengimbas kata laluan yang disimpan di iPhone lama dahulu.

    scan passwords
  • Semua kata laluan yang diimbas akan dipaparkan. Prapapar, pilih dan tekan "Eksport" untuk mengeksportnya sebagai fail ke komputer anda.

    find password

    Data yang diimbas akan disimpan pada program untuk anda semak pada bila-bila masa.

  • Sambungkan iPhone 14 kepada komputer. Dan tekan pada "Import Kata Laluan" untuk pindah kata laluan ke iPhone baru.
  • Pilih "Import kata laluan tersuai" dan tekan Sambung.

    import custom passwords
  • Import fail yang anda baru simpan ikut keperluan format.

    make custom password csv file
  • Anda juga boleh prapapar dan pilih kata laluan yang anda mahu pindah sahaja. Akhirnya tekan pada "Import ke peranti" dan tunggu sekejap sehingga proses selesai.

    finish importing passwords

Kesimpulan

Kata laluan yang disimpan pada iPhone lama amat penting. Selepas tukar kepada iPhone 14 terkini, anda perlu belajar cara pindah kata laluan ke iPhone 14 baru anda. iCloud Keychain sangat berguna untuk segerakkan kata laluan. Anda juga boleh menggunakan Tenorshare 4uKey - Pengurus Kata Laluan untuk mengimbas data dan import semua kata laluan ke iPhone 14 baru anda.

Alih Keluar Sebarang Kata Laluan dalam Minit

  Dikemas kini pada 12-29-2022 / Dikemas kini untuk  iPhone 14

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini