Pulihkan iPhone 14 Daripada Sandaran iCloud Dengan Mudah

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 12-29-2022 / Dikemas kini untuk  iPhone 14

Anda telah buat sandaran data pada iCloud dan kini nak tahu cara termudah untuk memulihkannya tanpa sebarang kerumitan? Anda perlu baca artikel ini.

Orang ramai akan buat sandaran fail penting supaya jika mereka beli peranti baru atau perlu set semula peranti yang lama, mereka boleh dapat balik data mereka dengan mudah. Tetapi masalah mungkin akan wujud dalam proses pemulihan kerana ia mempunyai banyak komplikasi dan kerumitan.

Nasib baik untuk anda kerana kami akan bincangkan cara anda boleh buat sedemikian dengan mudah. Jadi, bagaimana anda boleh memulihkan iPhone 14 guna sandaran iCloud dalam masa yang singkat? Sila sambung membaca!

Bahagian 1: Cara Lazim Untuk Memulihkan iPhone 14 daripada Sandaran iCloud

Orang pasti ada simpan data yang penting (gambar, video, dokumen) dalam telefon bimbit mereka yang kita tidak mahu padam atau hilang. Inilah sebab kita buat sandaran, supaya kalau kita menghadapi situasi yang kita terpaksa padam data telefon kita, kita masih ada cara untuk pulihkan semua data.

Pengguna iPhone, boleh buat sandaran data pada iCloud dengan mudah dan kemudian memulihkannya apabila mereka set semula peranti atau tukar peranti yang baru. Proses permulihan iPhone baru guna Sandaran iCloud juga agak mudah. Ingin tahu lebih lanjut?

Berikut ialah cara untuk memulihkan data iPhone guna Sandaran iCloud:

  • Hidupkan iPhone 14 baru anda dan lengkapkan tetapan seperti bahasa dan kawasan dahulu.
  • Seterusnya, pergi ke "Aplikasi dan Data" dan tekan pada "Setup Secara Manual."

    restore from icloud backup
  • Selepas itu, tekan pada "Pulihkan daripada Sandaran iCloud." Anda kemudian perlu daftar masuk Apple ID anda pada iPhone 1, dan proses pemulihan akan bermula.

    sign in apple id

Itu saja cara untuk memulihkan iPhone guna sandaran iCloud.

Tetapi ada beberapa masalah dengan kaedah ini. Jika anda sudah mula guna iPhone 14 anda dan sekarang nak memulihkan data, akan sedikit susah. Kerana anda perlu set semula telefon anda sebelum boleh pulihkan sandaran data dari iCloud. Cara ini boleh menyebabkan anda terpaksa padam semua data penting yang anda mungkin terlupa buat sandaran. Selain itu, masalah kekurang storan agak lazim berlaku apabila anda guna iCloud untuk tujuan sandaran dan permulihan data. Jadi, memulihkan data iPhone guna sandaran iCloud mungkin akan wujud masalah.

Jadi, adalah penting anda hanya mengikuti kaedah atau alat sedemikian yang membebaskan anda daripada batasan dan takut kehilangan lebih banyak data!

Tetapi apakah kaedah/alat tersebut? Jangan risau; Saya sedang membincangkannya sekarang!

Bacaan berkaitan Cara Memulihkan iPhone 14 dari Backup.

Bahagian 2: Pulihkan iPhone 14 Guna Alat Ajaib Yang Tiada Batasan

Banyak masalah boleh timbul apabila anda cuba buat permulihan data. Ini juga boleh menyebabkan kehilangan data secara kekal atau menjejaskan fungsi peranti peranti. Nasib baik, ada alat boleh bantu anda, jika anda ingin memulihkan data iPhone 14 tanpa sebarang kesulitan. Memperkenalkan Tenorshare iCareFone- Perisian yang boleh dipercayai dengan fungsi yang hebat.

iCareFone ialah salah satu perisian sandaran dan pemulihan data yang terbaik yang boleh diguna pada kedua-dua peranti Android dan iOS. Ia mempunyai antara muka yang mesra pengguna, proses sandaran dan permulihan yang cepat, dan yang paling penting, ia sangat selamat.

Berikut ialah cara untuk cipta sandaran dan kemudian memulihkan data menggunakan Tenorshare iCareFone:

  • Muat turun dan pasang, kemudian lancarkannya pada Mac atau PC anda. Selepas itu, sambungkan iPhone 14 anda menggunakan kabel USB. Klik pada pilihan "Sandaran dan Pulihkan" untuk memulakan proses pemulihan data.

    main interface
  • Klik pada Pulihkan di sebelah kiri skrin, dan setiap fail yang disandarkan akan ditunjukkan pada skrin. Anda juga boleh pratonton fail ini dengan mengklik pada pilihan "Lihat" di bahagian bawah.

    restore
  • Pilih fail yang ingin anda pulihkan, dan kemudian sistem mungkin meminta anda meletakkan kata laluan atas sebab keselamatan. Apabila anda memilih fail, anda kemudian boleh mengklik pada pilihan Pulihkan atau Eksport, dan fail akan dibawa balik dan disimpan dalam tiada masa.

    preview and restore
  • Sila ambil perhatian bahawa iCareFone hanya menyokong untuk memulihkan foto, video, muzik, kenalan dan penanda halaman terus ke peranti anda.

Sekarang, mari lihat Soalan Lazim yang berkaitan dengan Sandaran iCloud.

Soalan Lazim tentang Sandaran iCloud

1. Boleh Tak Saya Padam Sandaran pada iCloud? Adakah Ia Akan Padam Semua Data pada iPhone Saya Juga?

Anda boleh padamkan sandaran pada iCloud dan ia tidak akan menjejaskan peranti anda. Tetapi anda tidak akan dapat balik data yang dipadam daripada storan iCloud secara kekal. Ini juga akan mematikan sandaran iCloud.

Sila ambil perhatian bahawa pemadaman sandaran iCloud tidak akan padam data peranti anda. Ia hanya akan padam data yang disandarkan di iCloud.

2. Cara semak dan Padam Sandaran iCloud Lama pada iPhone

Setiap orang hanya ada 5GB ruang percuma dalam iCloud, jadi orang ramai perlu sentiasa semak dan padam data Lama untuk luangkan ruang kepada data yang baru.

Berikut ialah langkah terperinci.

  • Buka Tetapan dan tekan pada nama anda.
  • Seterusnya, pergi ke pilihan "iCloud" dan kemudian pilih "Urus Storan." Seterusnya, anda akan dapat lihat pilihan "Sandaran". Tekan padanya.

    manage storage
  • Anda boleh semak data yang disandarkan dengan mudah dan padam data yang anda rasa tidak perlu. Begitu mudah saja!

Kesimpulan

Jadi, sudah tahu cara untuk memulihkan data ke iPhone 14 daripada Sandaran iCloud?

Anda boleh memulihkan data dalam iCloud dengan menggunakan Aplikasi & Data dan ikut langkah yang mudah selepas anda setup tetapan kawasan dan peranti baru atau penetapan semula kilang. Tetapi proses ini ada beberapa masalah, dan proses pemulihan mungkin akan gagal dalam beberapa situasi.

Untuk memulihkan data tanpa sebarang Batasan, anda harus guna perisian terunggul seperti Tenorshare iCareFone. Ia sangat pantas, selamat, boleh dipercayai dan mudah diguna. Anda boleh buat sandaran dan kemudian pulihkan semua data dengan mudah dalam masa yang singkat. Beribu-ribu orang telah guna aplikasi ini, dan mereka beri banyak kepujian kepada perisian ini.

Jadi, tunggu apa lagi, muat turun Tenorshare iCareFone dan pulihkan setiap data anda tanpa masalah!

Pengurus Fail iOS 16 Terbaik Dunia
  • Sandaran percuma semua yang anda perlukan pada iPhone/iPad/iPod
  • Pindahkan muzik, foto, video, kenalan, SMS tanpa had
  • Pulihkan fail secara terpilih tanpa memadamkan data semasa

  Dikemas kini pada 12-29-2022 / Dikemas kini untuk  iPhone 14

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini