Top 9 Cara Memindahkan Chat Whatsapp ke iPhone

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 10-11-2022 / Dikemas kini untuk  Tentang WhatsApp

Kebelakangan ini, ramai pengguna peranti Android lama telah ganti dengan iPhone 13/12 yang baru, mereka tanya saya kaedah untuk pindahkan WhatsApp Android ke iPhone. Jadi, saya di sini untuk membantu. Saya telah buat rumusan untuk beberapa kaedah yang berguna dan harap artikel ini dapat membantu anda..

transfer-whatsapp-from-android-to-iphone

Bahagian 1: Pindahkan Whatsapp Android ke iPhone 13/12 dalam Beberapa Minit

Jadi, mari kita bermula dengan kaedah pertama untuk pindah mesej WhatApps daripada Android ke iPhone. Jika anda sedang cari cara yang mudah dan ringkas untuk dapat semua mesej Whatsapp anda, anda boleh gunakan Tenorshare iCareFone Transfer(iCareFone untuk Pindahkan WhatsApp).

Di bawah ialah langkah-langkah untuk menggunakan iCareFone Transfer untuk pindah mesej WhatsApp dari Android ke iPhone:

  • Pasang alat pada komputer anda, sambungkan dua peranti anda dan tekan "Pindah".

    transfer whatsapp from android to iphone iCareFone Transfer(iCareFone for WhatsApp Transfer)
  • Seterusnya, Tenorshare iCareFone Transfer(iCareFone untuk Pindahan WhatsApp) akan buat sandaran automatik data WhatsApp anda. Kemudian tekan "Sambung".

    how to transfer whatsapp messages to new phone iCareFone Transfer(iCareFone for WhatsApp Transfer)
  • Anda perlu masuk nombor telefon anda untuk mengesahkan akaun sandaran WhatsApp.

    transfer whatsapp chats from android to iphone iCareFone Transfer(iCareFone for WhatsApp Transfer)
  • Tunggu beberapa minit, WhatsApp anda akan dipindahkan ke iPhone 13/12 baru anda.

    transfer whatsapp messages from android to iphone free iCareFone Transfer(iCareFone for WhatsApp Transfer)
  • Dengan beberapa langkah yang mudah, anda boleh pindah WhatsApp dari Android ke iOS dengan mudah. Sebagai alat pihak ke-3, ia lebih hebat berbanding dengan kebanyakan perisian Pemindahan WhatsApp. Mari cubalah!

Bacaan berkaitan Cara Pindahkan WhatsApp Android ke Android.

Bahagian 2: Cara Pindahkan Chat WhatsApp ke iPhone 13/12 [Kadar Kejayaan Yang Rendah]

Selain dari guna iCareFone Transfer(iCareFone untuk Pindahan Mesej WhatsApp), ada juga beberapa kaedah lain untuk pindah rekod mesej WhatsApp dari Android ke iPhone. Tetapi, anda mungkin tidak dapat pulih semula semua mesej Whatsapp anda.

Cara 1. Pindah Whatsapp dari Android ke iPhone dengan Tukar Nombor Telefon

Gunakan ciri "Tukar Nombor" Whatsapp untuk memastikan semua mesej Whatsapp anda disandar.

Langkah 1: Masukkan kad SIM terbaru anda pada peranti Android anda dan pada masa yang sama, pastikan kad SIM lama masih aktif.

Langkah 2: Sekarang, lancarkan Whatsapp dan pilih "Tetapan > Akaun > Tukar Nombor". Whatsapp akan paparkan beberapa arahan pada skrin anda. Baca dengan teliti dan tekan "Seterusnya".

Langkah 3: Anda akan diminta untuk masuk nombor telefon lama dan baru. Pastikan anda masukkan nombor yang betul dan tekan "Seterusnya".

how to transfer whatsapp from iphone to iphone

Langkah 4: Anda akan terima kod pengesahan pada nombor lama anda. Masukkan kod ini untuk melengkapkan proses.

Setelah nombor telefon anda berjaya ditukar, anda boleh buat sandaran mesej Whatsapp anda dan muat balik pada iPhone baru dengan mudah.

Kelemahan:

  • Tukar nombor di Whatsapp bukan proses yang mudah
  • Anda mungkin berisiko kehilangan data semasa tukar nombor

Cara 2. Pindah Chat WhatsApp Android ke iPhone 13/12 melalui Chat E-mel

Anda juga boleh pindah mesej Whatsapp daripada Android ke iPhone 13/12 melalui akaun e-mel anda.

Langkah 1: Pergi ke Whatsapp dan buka mesej yang ingin anda simpan. Tekan ikon "Lebih Lanjut" dan pilih "Chat E-mel".

Langkah 2: Dalam skrin yang seterusnya, anda akan diminta untuk memasuk atau mengecualikan fail media. Kerana Whatsapp mempunyai had mel 20MB, anda disaran untuk mengecualikan semua fail media.

Langkah 3: Anda akan dihantar ke akaun Gmail anda dengan "fail teks" dilampirkan dalam mel.

Langkah 4: Anda bole hantar e-mel ini ke akaun Gmail anda yang lain atau simpan sebagai draf dalam akaun yang sama.

iphone whatsapp to iphone transfer tool

Selepas anda tukar kepada iPhone 13/12 baru, anda boleh guna fail teks ini dari bahagian draf dengan mudah.

Kelemahan:

  • Dengan ciri "Chat E-mel", anda ada batasan dalam simpanan rekod mesej
  • Mesej Whatsapp akan dibuka sebagai fail teks dan bukan dalam bentuk Whatsapp yang biasa diguna

Cara 3. Cara Pindahkan Whatsapp ke iPhone 13 Dengan Sandaran Mesej

Cara lain untuk pindah mesej Whatsapp daripada Android ke iPhone 13 ialah menggunakan sandaran mesej. Hanya perlu buka Whatsapp pada peranti Android anda dan pilih "Tetapan > Chats > Sandaran Chat". Sandarkan data Whatsapp anda ke Google Drive dan gunakan akaun yang sama pada iPhone 13 baru anda untuk pulihkan mesej.

how to transfer whatsapp from iphone to iphone

Kelemahan:

  • Anda tidak akan dapat gunakan sandaran setempat untuk memulihkan data pada iPhone, ini kerana iOS dan Android menggunakan sistem fail yang berbeza.

Bahagian 3: Pindah WhatsApp iPhone ke iPhone 13/12 (dengan Batasaan)

Sekarang, mari kita cuba kaedah penyelesaian yang berbeza untuk pindah mesej WhatsApp daripada Android ke iPhone secara percuma.

Cara 1. Kaedah Memindahkan WhatsApp ke iPhone 13/SE 2022 dengan sandaran iCloud?

Jika anda mempunyai sandaran Whatsapp iCloud, anda boleh ikut arahan yang ditunjuk di bawah untuk pindah mesej Whatsapp daripada iPhone ke iPhone 13/SE.

Langkah 1: Pertama, pada iPhone lama anda, pergi ke "Tetapan > Apple ID > iCloud > iCloud Drive". Pastikan untuk aktifkan butang di sebelah "Whatsapp" serta "iCloud Drive".

Langkah 2: Sekarang, dapatkan sandaran segera data Whatsapp anda melalui aplikasi. Untuk buat demikian, lancarkan Whatsapp dan pilih Tetapan > Tetapan Chat > Sandaran Chat. Tekan pilihan "Sandarkan Sekarang" dan tunggu sehingga proses selesai.

how to transfer whatsapp from iphone to iphone 2

Langkah 3: Untuk memulihkan mesej Whatsapp pada iPhone baru anda, anda hanya perlu log masuk dengan akaun iCloud anda dan pergi ke App Store untuk memuat turun Whatsapp. Kemudian ikut arahan pada skrin untuk sediakan akaun Whatsapp anda dan pilih "Pulihkan Sejarah Mesej" pada langkah terakhir.

Satu-satunya kelemahan kaedah ini ialah ia hanya boleh diguna jika anda telah aktifkan sandaran iCloud pada iPhone lama anda.

Cara 2. Pindah Mesej WhatsApp dari iPhone ke iPhone 13/SE dengan Sandaran iTunes

Untuk gunakan iTunes untuk memulihkan mesej Whatsapp, anda perlu ada PC dan aplikasi iTunes.

Langkah 1: Pada Macbook atau PC Windows anda, buka iTunes dan sambungkan iPhone lama ke PC melalui USB.

Langkah 2: Di dalam tab "Ringkasan", tekan "Sandar Sekarang". Pastikan anda pilih "Komputer Ini" dan bukannya "Sandaran iCloud".

how to transfer whatsapp from iphone to iphone 3

Langkah 3: Sekarang, sambungkan iPhone baru anda ke PC dan tekan "Pulihkan Sandaran". Pilih sandaran terkini daripada senarai dan pulihkannya pada iPhone 13 anda.

how to transfer whatsapp from iphone to iphone 4

Kelemahan:

  • iTunes tidak menyokong sandaran terpilih dan akan sandarkan semua data daripada iPhone anda.

Cara 3. Pindahkan Chat WhatsApp ke iPhone 13/SE semasa proses setup iPhone

Jika anda masih belum set up iPhone baru anda, anda boleh memulihkan data dengan mudah guna sandaran iCloud semasa proses setup. Untuk buat sedimikian, anda mesti aktifkan sandaran iCloud pada iPhone lama anda dan sandarkan data Whatsapp anda ke iCloud juga.

how to transfer whatsapp from iphone to iphone 5

Semasa proses setup peranti, anda hanya boleh pilih "Pulihkan daripada iCloud" untuk memulihkan semua data dalam masa beberapa minit. Tetapi, jika anda pilih kaedah ini, iCloud akan pulihkan semua data dan anda tidak ada kawalan ke atas data tertentu yang ingin anda ingin simpan.

Cara 4. Pindahkan WhatsApp ke iPhone 13/SE Menggunakan Move to iOS

"Move to iOS" ialah aplikasi pindahan WhatsApp iPhone ke iPhone yang rasmi dari Apple yang membenarkan pengguna bertukar kepada iPhone baru mereka dengan cara yang paling ringkas. Anda boleh menggunakan aplikasi untuk pindah semua kandungan anda daripada peranti lama ke iPhone terbaru. "Move to iOS" juga boleh diguna dengan Android, ini bermaksud anda boleh pindahkan data daripada peranti Android lama anda ke iPhone dengan mudah.

transfer whatsapp chats from android to iphone

Anda hanya perlukan sambungan Wifi dan aplikasi "Move to iOS" akan pindah data WhatsApp dari iPhone ke iPhone secara percuma dalam 3 langkah sahaja. Satu-satunya kelemahan kaedah ini ialah "Move to iOS" tidak menyokong pemindahan data terpilih. Ini bermakna anda perlu pindah semua data daripada iPhone lama anda ke iPhone yang baru.

Kesimpulan

Berikut adalah cara pindah Whatsapp ke iPhone baru. Boleh kata semua orang mesti mahu dapat semua mesej Whatsapp mereka semasa tukar telefon pintar baru. Tidak kira sama ada anda tukar ke iPhone 13/SE 2022 daripada peranti Android atau iPhone generasi lama, kaedah yang disenarai di atas akan membantu anda pindah semua mesej Whatsapp anda dengan mudah.

Urus Mesej WhatsApp Anda Dalam Perjalanan Anda
  • Pindahan WhatsApp dari iPhone 14 ke Android secara fleksibel;
  • Pindahan WhatsApp dari iPhone ke iPhone 14 secara fleksibel;
  • Sandaran iPhone WhatsApp ke PC/Mac Dengan Bebas dan Mudah;
  • Pulihkan Sandaran WhatsApp ke iPhone, iPad, Android;

  Dikemas kini pada 10-11-2022 / Dikemas kini untuk  Tentang WhatsApp

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini