Cara Mengatasi iPhone Black Screen (iPhone 14/13/12/11 Disokong)

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 11-04-2022 / Dikemas kini untuk  Masalah iPhone

Skrin hitam kematian iPhone adalah isu yang biasa berlaku, dan ia boleh menyusahkan anda jika anda guna iPhone anda untuk tujuan perniagaan. Ada banyak penyebab iPhone black screen dan tidak beri sebarang balasan. Tak kira sebabnya, jika anda menghadapi salah satu gejala skrin hitam berikut, sini adalah tempat untuk anda cari cara penyelesaian yang paling komprehensif untuk membaiki masalah skrin hitam kematian pada iPhone 13/12/SE 2/11/XS/XR/ X/8/7/6s/6/5.

Anda juga boleh rujuk video di bawah untuk jimat masa anda.

Kenapa Skrin iPhone Saya Jadi Hitam

Skrin iPhone menjadi hitam selepas kemas kini iOS 15/14/13. Skrin iPhone hitam dan tidak akan dihidupkan.
Skrin iPhone menjadi hitam secara rawak iPhone dihidupkan tetapi skrin hitam
Skrin iPhone bertukar hitam selepas jailbreak iOS. Skrin iPhone hitam dan tidak dapat dimatikan.
Skrin hitam iPhone tidak bertindak balas kepada sentuhan. Skrin iPhone hitam selepas kerosakan air.
Skrin iPhone menjadi hitam selepas jatuh ke lantai. Skrin iPhone menjadi hitam dengan garisan/garisan putih.
Skrin iPhone hitam dengan logo iTunes. Skrin iPhone hitam dengan logo Apple.
Skrin iPhone hitam semasa panggilan. iPhone menjadi hitam tanpa sebab yang diketahui.
iphone black screen fix

Semua Cara Mengatasi iPhone Black Screen (Untuk iPhone 14/13/12/11)

Cara 1. Paksa Mulakan Semula iPhone Anda untuk Betulkan iPhone Tidak Dihidupkan

Skrin iPhone menjadi hitam? Ada apa cara untuk set semula? Perkara pertama yang anda boleh buat ialah mula semula peranti anda, yang merupakan cara serba guna untuk sebarang masalah perisian.

Untuk iPhone 14/13/12/SE 2/11/XR/XS/X atau iPhone 8/8 Plus: Tekan Butang Naik Kelantangan, butang Turun Kelantangan dan tahan butang Sisi sehingga anda lihat logo Apple

Untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus: Tekan dan tahan butang Kuasa dan butang Kelantangan pada masa yang sama sekurang-kurang 10 saat sehingga anda lihat logo Apple dipapar pada skrin peranti anda.

Untuk peranti iOS lain: Tekan dan tahan butang Kuasa dan Utama secara serentak selama sekurang-kurangnya 10 saat sehingga anda melihat logo Apple.

Peranti anda akan but semula dan menyemak sama ada skrin hitam hilang.

force restart iphone

Cara 2. Tukar Bateri - Bateri Dah Mati

Mungkin ialah sebab yang paling biasa – bateri iPhone mungkin sudah habis. Sambungkan iPhone anda ke pengecas dan tekan butang Home atau butang Kuasa/Tidur. Jika skrin hitam disebab oleh tak cukup bateri, skrin iPhone anda akan menyala dan paparkan ikon bateri kosong. Anda hanya perlu tunggu sehingga bateri iPhone anda dicas penuh.

battery drain

Cara 3. Baiki Masalah Skrin Hitam Kematian iPhone Tanpa Sebarang Kehilangan Data

Apabila iPhone anda tidak dapat dihidupkan dan skrin menjadi hitam, ia berkemungkinan mengalami kerosakan sistem iOS. Saya akan mengesyorkan anda untuk menggunakan utiliti pemulihan sistem profesional – Tenorshare ReiBoot untuk membaiki sistem pengendalian tanpa memulihkan dan tiada data kerugian.

Pemulihan sistem Tenorshare ReiBoot bertujuan untuk membetulkan semua gangguan sistem iOS termasuk skrin hitam kematian, iPhone Stuck di Logo Apple, iPhone Stuck di Logo Charger, iPhone Tersekat pada Tetapkan Apple ID, dan sebagainya.

Lancarkan Tenorshare ReiBoot pada PC/Mac dan sambungkan peranti anda ke komputer. Pilih "Mula" pada antara muka utama.

system recovery

Program ini boleh mengesan peranti anda termasuk semasa iPhone anda ada masalah skrin hitam dan tidak boleh masuk kod laluan atau beri kebenaran akses kepada komputer. Pilih dan tekan "Pembaikan Standard".

fix iphone black screen

Langkah seterusnya ialah memuat turun perisian tegar terkini sebelum pemulihan sistem. Tekan butang Muat turun untuk muat turun perisian tegar yang sepadan secara online.

fix iphone black screen

Tekan pada "Mulakan Pembaikan Standard" selepas perisian tegar selesai dimuat turun. Sila jangan putuskan sambungan peranti anda dalam proses itu. Apabila selesai, iPhone anda akan but semula.

system recovery is completed

Cara 4. Pulihkan iPhone dalam iTunes untuk Betulkan Masalah Skrin Hitam iPhone Apple - Kehilangan Semua Data

Ini adalah pilihan terakhir untuk selesaikan masalah skrin hitam iPhone kerana semua data dan tetapan akan dipadamkan selepas proses pemulihan iTunes.

Buka iTunes pada komputer, dan sambungkan iPhone anda ke komputer. Jika iPhone ada masalah skrin hitam apabila sambung ke iTunes, iTunes akan mengesankan dalam mod pemulihan dan beri anda pilihan untuk memulihkannya. Tekan butang Pulihkan untuk memulakan proses. Apabila selesai, ia akan beri notifikasi dan tanya sama ada anda ingin memulihkan data daripada sandaran, jika anda ada sandaran dalam iTunes atau iCloud.

restore iphone to fix black screen of death

Cara 5. Pulihkan iPhone kepada Tetapan Kilang tanpa iTunes

Kaedah lain untuk tetapan semula kilang iPhone adalah menggunakan Tenorshare ReiBoot. Ia lebih mudah dan pantas dan tiada iTunes diperlukan. Kaedah ini boleh memulihkan iPhone kepada tetapan kilang dan membetulkan skrin hitam iPhone. Anda harus sedar bahawa semua data akan dipadamkan selepas tetapan semula kilang.

Lancarkan Tenorshare ReiBoot, pilih "Tetap Semula Peranti" di bahagian bawah.

factory reset iphone

Pilih dan tekan Tetap Semula Kilang dalam skrin berikut.

factory reset iphone

Ikut arahan pada skrin untuk memuat turun pakej perisian tegar dan pulihkan iPhone kepada tetapan kilang dengan tekan Mulakan Semula.

factory reset iphone to fix black screen

Cara 6. Dapatkan Sokongan - Skrin Memang Sudah Rosak

Jika tiada cara di atas yang dapat bantu anda dan iPhone anda masih tidak berfungsi dengan masalah skrin hitam, ia mungkin disebabkan oleh kerosakan hardware. Anda mungkin perlu menghubungi Apple untuk membaiki iPhone anda jika ia masih dalam tempoh jaminan.

Kesimpulan

Di sini kami meringkaskan 6 kaedah berbeza untuk membetulkan iPhone 13/12/SE 2/11/XS/XR/X/8/7/6s/6/5 atau skrin hitam kematian iPhone. Jika skrin hitam disebabkan oleh gangguan perisian, Tenorshare ReiBoot yang paling disyorkan untuk pembetulan pantas. Jika anda menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah lain, kongsi sahaja di komen.

  Dikemas kini pada 11-04-2022 / Dikemas kini untuk  Masalah iPhone

(Klik untuk menilai artikel ini)

(1 untian, purata: 3.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini