Cara Kembali ke iOS 15.5 tanpa iTunes (2 Cara)
oleh Dzafri Ahmad Dikemas kini pada 09-08-2022 / Dikemas kini untuk iOS 16
Seperti yang kita tahu, pada 6 Jun Apple telah lancar program beta pembangun iOS 16 Jun pada WWDC (Persidangan Pembangun Seluruh Dunia Apple) 2022. Ia mempunyai beberapa fungsi terbaru tetapi pada masa yang sama juga ada pelbagai jenis pepijat dan isu. Ini ialah perkara yang biasa kerana ia ialah versi beta. Versi beta hanya sesuai untuk tujuan percubaan fungsi-fungsi kemas kini dan naik taraf, dan bukan untuk kegunaan biasa harian. Jika anda mengemas kini iPhone anda hanya untuk cuba dan menguji dan sekarang anda rasa kesal memasang iOS 16 beta. Dalam panduan ini, kami akan tunjuk anda cara untuk udner balik ke iOS 15.5 daripada versi beta.
- Bahagian 1. Buat Sandaran sebelum Anda Turun Taraf iOS 16 Beta
- Bahagian 2. Cara Kembali ke iOS 15 tanpa iTunes
Bahagian 1. Buat Sandaran sebelum Anda Turun Taraf iOS 16 Beta
Jika anda ingin turun taraf iOS anda, anda perlu padam dan pulihkan iPhone anda. Dengan buat sedemikian, data anda juga akan dipadam. Jadi, sebelum proses undur balik ke iOS 15, anda perlu buat sandaran peranti anda terlebih dahulu. Jika anda dalam situasi dimana anda tidak mempunyai akses kepada PC,anda perlu guna iCloud untuk buat sandaran pada iPhone anda.
Berikut ialah cara anda boleh buat sandaran peranti anda guna iCloud sebelum turun taraf iOS.
- Pertama, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil.
Sekarang, pergi ke halaman Seting. Tekan pada ID Apple yang ditunjuk di bahagian atas halaman. Pergi ke iCloud. Tarik ke bawah untuk cari Sandaran iCloud dan tekan padanya.
Jika tidak dihidupkan, tekan pada Sandaran iCloud kemudian tekan pada butang Sandaran Sekarang.
- Setelah sandaran selesai. Semak sandaran iCloud. Anda boleh buat sedemikian dengan pergi ke iCloud dalam aplikasi Seting. Tekan iCloud. Pergi ke Storan. Tekan Urus Storan dan dari sana Pilih iPhone anda. Anda akan dapat lihat sandaran data anda di situ.
Bahagian 2. Cara untuk Undur Balik ke iOS 15 tanpa iTunes
Anda mungkin mahu undur balik ke iOS 15 selepas sedar bahawa iOS 16 beta yang terbaru mempunyai pepijat, menyebabkan iPhone anda menjadi perlahan atau ada perubahan yang anda tidak suka. Proses under balik versi iOS tidak begitu mudah. Jadi, jika anda ingin kembali ke versi iOS yang dulu, anda harus buat dengan cara yang betul. Jika tidak, anda akan terlepas peluang undur balik dan tersekat pada versi beta sehingga versii umum dilancar.
Panduan ini akan tunjuk anda cara untuk kembali ke iOS 15.5 daripada iOS 16 beta dengan prosedur terperinci yang mudah. Anda boleh rujuk video tutorial sebelum baca.
Cara 1. Turun taraf iOS 16 Beta Tanpa iTunes Guna Tenorshare ReiBoot
Salah satu cara yang paling mudah dan pantas untuk turun taraf iOS 16 Beta tanpa iTunes ialah dengan bantuan Tenorshare ReiBoot. It is a professional all-in-one system repair tool that can help you with the downgrade of iOS easily.
Berikut ialah proses terperinci tentang cara untuk undur balik ke iOS 15 tanpa iTunes dengan Tenorshare Reiboot.
Pertama sekali, muat turun dan pasang perisian ReiBoot pada PC anda.
Sambung iPhone anda dengan PC menggunakan kabel kilat. Lancarkan perisian Tenorshare ReiBoot. Ia akan cuba kesan peranti iOS yang disambungkan. Apabila dikesan, tekan pada butang 'Mula' untuk memulakan proses.
Anda akan ada dua pilihan. Pembaikan Standard dan Pembaikan Dari Dalam. Pilih Pembaikan Dari Dalam dan tekan pada butang 'Pembaikan Dari Dalam'.
Nota: Proses ini akan padam semua data pada iPhone anda, jadi amat penting untuk anda buat sandaran terlebih dahulu.
Sekarang, anda perlu muat turun perisian tegar iOS 15.5. Sebelum memuat turun, pastikan sambungan internet anda stabil. Perisian ReiBoot akan memuat turunperisian tegar yang diperlukan secara automatik untuk anda.
Apabila proses muat turun selesai, tekan 'Mulakan Pembaikan Dari Dalam'. Mengesahkan mesej amaran yang anda lihat.
Setelah selesai, tekan butang 'Repair' untuk mulakan proses.
Proses ini akan ambil masa beberapa minit. Setelah selesai, iPhone anda akan mula semula.
Itu sahaja! Kini iPhone anda akan undur balik kepada iOS 15.5.
Kelebihan:
- Penggunaan Tenorshare ReiBoot lebih mudah berbanding kaedah lain. Hanya perlu buat beberapa langkah yang mudah, anda sudah boleh mencapai tujuan anda.
- Kaedah untuk undur balik ke versi iOS sebelumnya tidak perlu jailbreak.
Kelemahan:
- Tenorshare ReiBoot ialah perisian berbayar, ini bermakna anda akan dikenakan bayaran untuk penggunaan.
Cara 2. Turun tarafa iOS Tanpa iTunes Guna TinyUmbrella
Cara lain yang berkesan untuk turun taraf iOS tanpa iTunes ialah dengan TinyUmbrella. Ini ialah alat pemulihan yang mudah dan cekap dan benarkan anda turun taraf versi iOS iPhone anda kepada versi yang lebih lama. Namun, kaedah ini perlukan jailbreak.
Berikut ialah langkah-langkah untuk turun taraf iOS guna TinyUmbrella.
- Pertama sekali, anda perlu muat turun dan pasang perisian TinyUmbrella pada PC anda. Anda boleh muat turun dari pautan ini.
- Sila ingat untuk muat turun SHSH dari Cydia sebelum lancarkan TinyUmbrella.
- Sambungkan iPhone anda dengan PC. Lancarkan program. Ia akan mengenali peranti yang disambung secara automatik.
Pada halaman program, tekan pada 'Simpan SHSH'. Ini akan salin semua SHSH iPhone ke komputer anda. Sekarang tekan pada butang 'Mulakan Pelayan TSS' seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah.
- Pada panel kiri, tekan kanan pada butang peranti anda. Pilih pilihan 'Keluar Dari Pemulihan' daripada menu lungsur.
Cari pilihan 'Lanjutan' dan tekan padanya. Anda perlu batal tanda kotak Set Host ke Cydia untuk lengkapkan proses. Tekan pada 'Save SHSH'. Proses turun taraf anda akan bermula.
Kelebihan:
- Alat khusus untuk turun taraf versi iOS.
- Ini ialah perisian percuma.
Kelemahan:
- Risiko utama dalam kaedah ini ialah keperluan jailbreak. Apabila anda jailbreak iPhone anda, anda akan kehilangan waranti telefon anda, anda mungkin tidak akan dapat terima kemas kini perisian masa hadapan pada telefon anda, atau ia boleh wujudkan masalah keselamatan.
Kesimpulan
Jika anda tidak mahu tersekat sehingga versi awam iOS 16 dilancar, berikut ialah cara anda boleh turun taraf iPhone iOS 15.5 dari iOS 16 beta. Anda diingat untuk buat sandaran pada peranti anda sebelum turunkan taraf iOS. Sekarang anda patut sudah ada pengetahuan yang lebih jelas mengenai cara anda boleh undur balik ke iOS 15 tanpa iTunes. TinyUmbrella ialah kaedah yang cepat dan mudah tetapi mempunyai beberapa risiko. Sebaliknya, Tenorshare ReiBoot memang selamat untuk digunakan dan patut anda cuba. Lagipun, lebih baik pilih cara selamat daripada menyesal kemudian. Selain itu, proses turun taraf hanya perlu ambil masa beberapa minit untuk selesai.
- Betulkan iPhone tersekat pada mod pemulihan;
- Betulkan iPhone saya tersangkut pada Logo Apple,Skrin iPhone menjadi hitam, Turun taraf iOS, iOS 16 Tersekat pada Langkah Pasang Sekarang, etc.
- Menyokong semua model iPhone dan iOS 16 terbaharu dan lebih awal.