Cara Padam iOS 16 Beta iPhone dalam 2 Cara

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 09-13-2022 / Dikemas kini untuk  iOS 16

Proses muat turun dan pasang program beta iOS 16 agak mudah. Tapi, ia juga boleh timbulkan masalah sistem kerana ia masih mempunyai fungsi yang belum lengkap pada masa in pada tahap beta yang dilancarkan. Masalah yang biasa berkait dengan iOS 16 beta termasuk masalah prestasi dan ketidakstabilan, sesetengah aplikasi tidak apat disokong, dan peluang kehilangan data anda, jadi ia masih perlu penambahbaikan.

Jika anda pasang iOS 16 beta kerana ingin tahu fungsi terkini tetapi ia menimbulkan masalah pada iPhone anda, tak perlu bimbang. Anda masih boleh padam perisian beta Apple dan patah balik ke versi iOS stabil sebelumnya. Ini ialah cara untuk padam kemas kini iOS 16 daripada iPhone anda.

Cara 1. Cara Padam iOS 16 Beta dengan iTunes

Untuk padam profil pembangun iOS 16 beta, anda perlu padam dan memulihkan peranti anda. Cara padam iOS 16 Beta dengan guna iTunes ialah antara cara yang paling mudah. Paling pertama, anda perlu pastikan bahawa komputer atau Mac anda mempunyai versi macOS dan iTunes terkini dipasang padanya. Setelah dikemas kini, anda boleh sambungkan peranti iOS ke komputer dan ikut langkah yang ditunjuk di bawah.

  • Matikan peranti iOS anda dan sambungkan ke PC. Anda perlu tetapkan peranti anda kepada mod pemulihan.
  • Lancarkan iTunes.
  • Mula semula peranti iOS anda secara paksa. Anda perlu tekan dan lepaskan butang audio naik dan turun dengan cepat satu demi satu, kemudian tekan dan tahan Butang Sisi. Lakukan ini, sehingga anda dapat lihat logo Apple pada skrin anda.

    force restart iphone
  • Apabila logo Apple muncul pada skrin, jangan lepaskan butang sehingga mod pemulihan muncul pada skrin anda.
  • Sekarang, tekan Setuju dengan Terma dan Syarat dan masukkan ID Apple dan kata laluan anda, jika diminta.
  • Ini akan padam peranti anda dan versi bukan beta iOS yang terkini akan dipasang pada peranti anda. Atau anda boleh memuat turun dan pasang versi rasmi iOS 15.

Cara 2. Cara Uninstall Beta iOS 16 daripada iPhone tanpa Guna iTunes

Menghadapi masalah dengan versi beta pembangun iOS 16 terbaru? Tak tahu cara untuk padam versi beta iOS? Kaedah iTunes tidak sesuai untuk anda atau bimbang kehilangan data?

Berita baik yang baik untuk anda ialah ada cara alternatif yang lebih mudah untuk padam versi iOS beta daripada iPhone tanpa guna iTunes. Anda hanya perlu muat turun dan pasang Tenorshare ReiBoot untuk selesaikan masalah anda. Proses pemadaman beta iOS menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini dengan Tenoshare Reiboot kerana ia tidak akan sebabkan kehilangan data.

Berikut ialah proses terperinci tentang cara padam beta iOS 16 daripada iPhone anda tanpa guna iTunes.

  • Pertama sekali, anda perlu sambung iPhone anda ke PC anda dengan kabel kilat.
  • Setelah disambung, lancarkan Tenorshare ReiBoot dan benarkan ia kenalpasti peranti anda. Setelah selesai, tekan butang 'Mula'.

    launch reiboot
  • Sekarang, pilih pembaikan dari dalam dan tekan pada butang 'Pembaikan Dari Dalam'.

    select deep repair
  • Tekan butang "Muat Turun" dan perisian akan muat turun perisian tegar iOS 15.5 terkini untuk iPhone anda secara automatik . Selain itu, anda boleh memuat turun iOS IPSW terkini dari sini dengan tekan "import perisian tegar tempatan".

    download firmware
  • Setelah proses muat turun selesai, tekan untuk mulakan Pembaikan Dari Dalam.
  • Ia akan guna sedikit masa. Sebaik sahaja proses ini selesai, iPhone anda akan mula semula tanpa sebarang kehilangan data.

    deep repair successfully
  • Kini, anda boleh ada iPhone yang berfungsi seperti baru.

Itu sahaja! Sangat mudahkan? Jika ada yang masih tak pasti, anda boleh rujuk tutorial video ini tentang padam versi beta iOS tanpa guna iTunes.

Tip. Cara Padam Profil Beta iOS 16 daripada iPhone

Sebaik sahaja anda selesai kemas kini iPhone anda kepada versi beta iOS 16 terkini, anda mungkin akan terima semua kemas kini beta sehingga versi iOS yang lengkap dilancarkan. Namun, padam profil iOS 16 Beta dapat membantu anda. Ia bukan sahaja boleh bantu anda padam program beta dan juga henti proses kemas kini beta, yang mungkin penuh dengan pepijat.

Berikut ialah langkah cara padam iOS 16 beta tanpa guna komputer.

  • Pertama sekali, anda perlu pergi ke halaman Seting.
  • Tekan Umum dan tarik ke bawah untuk cari pilihan VPN & Pengurusan Peranti. Tekan padanya untuk masuk ke halaman profil.
  • Sekarang, tekan Padam Profil.

    remove ios 16 beta software profile
  • Proses ini perlu mula semula peranti anda. Selepas mula semula, profil beta akan dipadamkan.

Anda diingati bahawa selepas padam profil, iPhone anda masih kekal dalam versi beta. Apabila versi umum iOS yang seterus dilancar, anda boleh memuat turunnya dan kemas kini iPhone anda balik ke versi iOS bukan beta.

Jika kemas kini sudah tersedia, anda boleh pasangnya daripada Seting > Umum > Kemas Kini Perisian.

software update

Kesimpulan

Versi beta dilancar untuk penambaikan tetapi masih ada kemungkinan wujud pepijat baru dalam beta. Panduan ini tunjuk kepada anda bagaimana anda boleh padam perisian beta pada iPhone anda. Cara pertamayang mengguna iTunes untuk padam program beta ialah cara yang agak mudah. Tapi, jika anda perlu selesai dalam masa yang singkat, anda boleh cuba Tenorshare ReiBoot untuk memulihkan iPhone anda. Kami harap panduan ini berguna untuk anda dan anda tahu cara untuk padam beta iOS 16.

  Dikemas kini pada 09-13-2022 / Dikemas kini untuk  iOS 16

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini