iOS 16 Dark Mode: Semua Perkara yang Anda Perlu Tahu

oleh Dzafri Ahmad   Dikemas kini pada 10-19-2022 / Dikemas kini untuk  iOS 16

Paparan telefon yang menarik sentiasa mengujakan kami dengan tahap yang berbeza. Namun begitu, sesetengah orang lebih suka menggunakan warna gelap dan paparan kecerahan yang lebih rendah untuk mengurangkan kesan cahaya yang tajam pada mata. Inilah sebabnya apakah dark mode baik untuk mata.

ios 16 dark mode

Untuk kemudahan pengguna tersebut, Apple memperkenalkan fungsi iOS 16 dark mode. Selain itu, ia sangat berguna untuk tengok pada skrin dalam keadaan gelap. Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang fungsi dark mode iOS.

Apakah Dark Mode iOS

Dark mode secara umumn ialah tetapan paparan untuk pengguna telefon pintar atau komputer riba. Apabila anda pilih untuk guna Dark Mode pada peranti mobile anda, ia akan tukar tetapan lalai iaitu skrin terang (light mode) yang guna teks gelap.

Dalam dark mode, anda dapat format teks terang pada skrin hitam. Kebanyakan orang pilih dark mode untuk kurangkan penjanaan cahaya oleh skrin. Ini dapat mengekalkan kontras warna dan membantu dalam tahap kebolehbacaan. Inilah sebabnya apakah dark mode menghemat baterai.

Apa yang Baru tentang Dark Mode iOS 16

Dengan setiap kemaskini versi, Apple cuba masukkan lebih banyak fungsi menarik untuk kemudahan penggunanya. Dengan kemas kini iOS 16, Apple telah memperkenalkan pilihan untuk aktifkan dark mode kepada wallpaper Live yang dipilih.

Dengan ini, anda boleh guna dark mode pada wallpaper live peranti anda yang nampak menakjub. Dengan cara ini, Apple bermatlamat untuk meningkatkan kesan hipnosis dark mode dengan memberikan penampilan gelap kepada wallpaper live.

Cara Aktifkan Dark Mode iOS 16

Dengan pelancaran iOS 16, pengguna boleh mengemas kini versi iOS mereka kepada versi yang terkini. Jadi, sebelum aktifkan dark mode, pastikan peranti anda sudah dikemas kini. Berikut ialah cara aktifkan dark mode pada iOS 16.

  • Buka kunci peranti anda dan pergi ke aplikasi tetapan. Tarik ke bawah untuk cari pilihan "Fokus" dan tekan padanya.
  • Pilih mod Fokus yang anda mahu guna dark mode padanya.
  • Tarik ke bawah dan tekan Tambah Penapis Fokus di bawah PENAPIS FOKUS
  • Pilih Mod Gelap dan aktifkannya.

    enable dark mode
  • Sekarang pilihan dark mode sudah diaktifkan.

Masalah: Apa yang Berlaku kepada Wallpaper Dark Mode pada iOS 16

Ramai pengguna Apple mengadu fungsi terbaru pada iOS 16. Ia tidak berfungsi pada banyak peranti dan mereka tak dapat cari dark mode untuk wallpaper iOS 1 . Menurut laporan pengguna iPhone, apabila mereka cuba aktifkan dark mode, ia tidak berfungsi pada wallpaper. Ini mungkin disebab oleh pepijat atau sesetengah gangguan perisian yang ganggu fungsinya.

Orang ramai juga mengadu bahawa mereka tidak boleh guna wallpaper iOS 15 lama dalam iOS 16. Kerana hampir mustahil untuk kembali ke versi lama untuk guna fungsi wallpaper dark mode yang tidak berfungsi dalam versi iOS 16.

Turun Taraf Versi iOS untuk Selesaikan Isu Dark Mode iOS 16

Agak susah untuk turun taraf peranti anda selepas anda kemaskini ke versi yang terbaru . Tetapi tak ada perkara yang mustahil di dunia. Sama juga di sini. Anda hanya perlu guna alat pihak ketiga yang profesional, dan anda boleh turun taraf versi iOS untuk sambung menikmati dark mode iOS 16.

Tenorshare ReiBoot untuk iOS ialah alat pemulihan iOS yang boleh selesai semua masalah pemulihan sistem iOS iPhone. Untuk turun taraf versi beta iOS 16, anda perlu menggunakan mod turun taraf mendalam. Sebelum mulakan proses penurunan taraf mendalam, pastikan anda sudah buat sandaran untuk semua data iPhone. Berikut ialah cara turun taraf versi iOS menggunakan fungsi turun taraf mendalam.

  • Muat turun dan Pasang Tenorshare ReiBoot untuk iPhone pada komputer anda. Sambungkan iPhone anda ke komputer. Setelah disambung, tekan pada "Turun taraf iOS" di tepi kiri bawah panel.

    download reiboot
  • Seterusnya, pilih mod "turun taraf mendalam" dan tekan butang di bawah untuk sambung.

    choose deep downgrade option
  • Selepas ini, perisian akan mengesan versi iOS dan akan minta anda memuat turun “pakej perisian tegar iOS. Tekan pada "muat turun" untuk mula muat turun.

    download firmware
  • Setelah pakej perisian tegar selesai dimuat turun, tekan pada "Mulakan Turun Taraf Mendalam" untuk turun taraf iOS 16 kepada iOS 15.6.1.

    start deep downgrade button
  • Semasa proses penurunan taraf, pastikan peranti anda sudah disambungkan ke komputer. Setelah proses selesai, anda akan terima notifikasi pada tetingkap dan peranti anda sudah diturun taraf kepada versi iOS sebelum ini.

    downgrade completed

Kesimpulan

Memandangkan mod gelap iOS ialah ciri yang sangat dikagumi, kita boleh meneka betapa mengecewakannya apabila melihatnya tidak berfungsi. Jika anda melihat mod gelap iOS 16 tidak berfungsi pada peranti anda maka anda boleh cuba turun taraf peranti anda kepada versi sebelumnya. Kami berharap sekarang anda mempunyai pilihan untuk melakukannya sendiri tanpa melabur banyak masa.

  Dikemas kini pada 10-19-2022 / Dikemas kini untuk  iOS 16

(Klik untuk menilai artikel ini)

(0 untian, purata: 5.0 daripada 5 )

Sertai perbincangan dan kongsi fikiran anda di sini